All rights reserved © 2007 . sukau-bnb.com

ia DESTINASI TUMPUAN ramai pelancong...

Jom Ikuti...

Kg. Sukau, Kinabatangan [Lokasi:Sandakan,Sabah ]

Mengalir  sejauh 560 km dari Banjaran Crocker di bahagian barat daya Sabah ke Laut Sulu di bahagian timur, Sungai Kinabatangan terus kekal sebagai salah sebuah  daripada ekosistem  yang terkaya di dunia.    Kawasan persekitaran sungai ini mengandungi lima habitat yang berbeza – dipterokarpa  atau kering, tanah berair dan hutan batu kapur, dan  paya air tawar dan air masin.   Lembangan bawah sungai merupakan kawasan hutan yang diliputi oleh dataran banjir yang terbesar di Malaysia dan mempunyai  tumpuan hidupan liar yang terbesar di rantau Asia Tenggara. ..

Selain daripada menjadi rumah kepada orang utan  asli Borneo dan monyet probosis, persekitaran hutannya juga merupakan salah satu daripada dua tempat di dunia ini yang menempatkan 10 spesies mamalia di dalamnya.  Kesemua lapan spesies burung enggang yang terdapat di Borneo turut menjadikan kawasan ini sebagai rumah mereka.  

Perjalanan ke  sebelah  atas sungai ketika subuh atau senja merupakan  peluang yang terbaik untuk menyaksikan  hidupan liar.    Anda mungkin berpeluang melihat sendiri gajah Asia atau badak Sumatera  yang  merayau-rayau di antara pepohonan.  Lawatan secara pilihan juga boleh diaturkan untuk safari malam dan juga lawatan melihat buaya, burung dan haiwan nokturnal.

Kebanyakan syarikat pelancongan tempatan yang besar mengusahakan rumah tumpangan (lodge-lodge) di  kawasan Sukau  dengan pakej yang melibatkan penginapan, pengangkutan, makanan dan lawatan  berpandu.  Pilihan lain ialah anda mungkin ingin menikmati program rumah tumpangan keluarga (home-stay) yang disediakan oleh  penduduk kampung berhampiran yang memberikan peluang merasai sendiri kehidupan Orang Sungai.   Sertailah aktiviti kebudayaan mereka atau mencuba  aktiviti perladangan tempatan menggunakan tangan anda sendiri

Cara ke Sana

Perjalanan melalui darat dari Sandakan ke Sukau yang  meliputi sejauh 135 km dan sejauh 42 km daripada perjalanan ini melalui jalan batu kerikil yang melintasi ladang kelapa sawit.  Pemanduan sejauh  350 km  dari Kota Kinabalu juga boleh dibuat akan tetapi pemanduan tersebut akan memakan masa sekurang-kurangnya enam jam.  Khidmat pengangkutan boleh diaturkan dengan pihak pengendali pelancongan  tempatan. Dan...Salah Satunya Ialah...Sukau B&B.

Bercutilah bersama Keluarga Tersayang..

Pulau Sukau Yang Indah Menenangkan hati, melapangkan fikiran..

------------------------------------------

Di sini adalah contoh-contoh destinasi yang terdapat di Sukau

Sungai Menanggol

Ox-Bow Lake/Sungai Resang

Night Cruise maksima 3 jam

Gomantong Caves

------------------------------------------

 

disediakan oleh : idesign.iklan-power.com